Pages

Saturday, 25 February 2012

BAHAGIAN HUKUM


Hukuman dalam Islam terbahagi kepada 3 :-

1.  HUDUD

Maksud hudud :
  • pada bahasa pencegahan
  • pada syara' hukuman yang telah ditentukan syara' berdasarkan nas-nas al-Quran dan Hadith-hadith untuk menjaga hak Allah SWT
Tujuan :

     -  menjaga hak-hak allah dan menjaga kepentingan awam

Jenis-jenis Kesalahan :
  • berzina
  • qazaf ( tuduhan zina )
  • minum arak
  • mencuri
  • menyamun
  • memberontak
  • murtad
Bentuk Hukuman :
  • rejam sehingga mati
  • sebat mengikut kesalahan yang dilakukan
  • potong tangan dan kaki
  • bunuh
  • diperangi
  • ta'zir


2. QISAS

maksud qisas :

pada bahasa mengikut
pada syara' huluman yang telah ditentukan berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadith-hadith Nabi untuk menjaga kepentingan individu

Tujuan :
   
     - menjaga hak individu

Jenis Qisas :

  • membunuh
  • memukul dan mencederakan ( selain yang melibatkan nyawa )
  • menggugurkan kandungan


Bentuk Hukuman :

  • qisas
  • bayar diat
  • kaffarah
  • ta'zir

  1. TA'ZIR

Friday, 24 February 2012

HUKUMAN DALAM ISLAM


Undang-undang Islam dilaksanakan adalah untuk mengawal :

  1. Agama
  2. Jiwa / nyawa
  3. Harta
  4. Akal
  5. Keturunan
Hukuman bermaksud balasan yang ditentukan untuk menjaga kepentingan umum atas pelanggaran atau pencerobohon hukum syara'.

Fungsi utama hukuman ialah menjaga dan menjamin kepentingan setiap orang
  •                     Kepentingan Hakiki seperti keselamatan nyawa
  •                     Kepentingan Sampingan seperti keselamatan harta benda
5 perkara utama yang mesti dijaga / dipelihara dalam islam
  1. Menjaga dan melindungi kepentingan Islam
  2. Menjaga dan melindungi nyawa dan diri / kehormatan diri
  3. Menjaga dan melindungi akal
  4. Menjaga dan melindungi keturunan
  5. Mmenjaga dan melindungi harta benda
Assalamualaikum......

Tujuan Blog ini dibuat adalah untuk :-

  1. membincangkan bahagian-bahagian hukum jenayah yang terdapat dalam Islam


PENGERTIAN JENAYAH

Jenayah pada bahasa bermaksud perbuatan jahat
Jenayah pada istilah Perundangan Islam pula bermaksud perbuatan jahat yang ditegah ( diharamkan ) oleh syara' sama ada mengenai nyawa, tubuh badan, harta benda, maruah dan sebagainya.

Ringkasan maksud Jenayah :

  1. Semua jenis perbuatan maksiat atau perbuatan jahat
  2. Meninggalkan semua perkara yang diwajibkan oleh syara'
  3. Melakukan semua perkara yang ditegah / dilarang / diharamkan oleh syara'
Perbuatan jenayah terbahagi kepada 4, iaitu :-
  1. Nyawa dan tubuh badan
  2. Keturunan
  3. Maruah dan kehormatan diri
  4. Harta